1282 SM - Pandion II, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan pada nama sahaja selama 25 tahun. Baginda dilaporkan hanya memerintah Megara, manakala Athens dan kawasan-kawasan Attica yang lain dikuasai oleh perikatan golongan bangsawan yang diketuai oleh bapa saudaranya, Metion (anak lelaki Erechtheus dari Athens), dan anak-anak lelakinya (termasuk Daedalus, menurut sesetengah huraian). Keempat-empat anak lelakinya mengetuai sebuah kempen ketenteraan yang berjaya mendapatkan semula takhta. Aegeus menjadi raja Athens, Nisos memerintah di Megara, Lykos di Euboea, dan Pallas di Attica selatan.
1230-an SM - Aegeus, raja dongeng Athens, menerima sebuah perutusan palsu yang mengatakan bahawa Theseus, pewaris yang telah dilantiknya serta anak lelakinya yang dilahirkan oleh Aethra dari Troezena, telah meninggal dunia. Theseus telah dihantar ke Dipertuan Minos dari Crete untuk persembahan kepada dewa Minotaur. Medus, anak lelaki Aegeus yang lain (yang dilahirkan oleh Medea dari Colchis) antara hanya dua orang puteranya, telah dibuang ke Asia dan kemudian menjadi leluhur dongeng kepada orang-orang Medes. Mempercayai bahawa baginda tidak lagi mempunyai sebarang pewaris, Aegeus membunuh diri selepas pemerintahan selama 48 tahun, dan diwarisi oleh Theseus yang sebenarnya masih hidup. Sebagai penghormatan, Laut Aegea dilaporkan dinamai sempena namanya.
1213 SM atau 1204 SM - Theseus, raja dongeng Athens, digulingkan selepas pemerintahan selama 30 tahun dan diwarisi oleh Menestheus, cicit lelaki Erichthonius II dari Athens serta dua pupu kepada bapa Theseus, Aegeus. Menestheus dilaporkan dibantu oleh Castor dan Polydeuces dari Sparta yang hendak menuntut kembali Helen, saudari kandungnya, daripada suami pertama, Theseus. Theseus mencari perlindungan di Skyros yang rajanya, Raja Lycomedes, merupakan seorang kawan lama serta sekutunya. Bagaimanapun, Lycomedes menganggap tetamunya sebagai suatu ancaman terhadap takhtanya dan membunuh Theseus. (Huraian-huraian lain menetapkan peristiwa-peristiwa ini pada sedekad lebih awal. Sila lihat 1210-an SM).